상세 보기
Cooperative Relay Prototype Development and Performance Measurement
- IGBAFE ORIKUMHI;
- Sabirin, Muhammad Rushidi;
- Leow, Chee Yen
SCOPUS
0초록
Untuk memenuhi permintaan untuk kelajuan data tinggi, teknologi sistem selular wayarles telah berkembang dalam kadar yang stabil pada tahun kebelakangan. Walau bagaimanapun, isyarat wayarles masih terdedah kepada kehilangan pelbagai arah, bayang dan kehilangan laluan, mengakibatkan ralat dalam laluan komunikasi. Geganti koperasitelah dicadangkan untuk membaiki laluan komunikasi di penghujung sel dan kawasan yang dibayangi. Geganti koperasi adalah teknik untuk meningkatkan kebolehpercayaan isyarat dengan memperkenalkan nod tambahan antara terminal sumber dan terminal destinasi untuk menyediakan laluan berlebihan untuk penghantaran data. Walau bagaimanapun, kerja sedia ada berkenaan geganti koperasi menyiasat prestasi melalui simulasi secara teori sahaja. Prestasi dunia sebenar masih tidak diketahui kerana kekurangan prototaip untuk ujian lapangan dan pengukuran. Oleh itu, tumpuan kerja ini adalah untuk membangunkanprototaip geganti koperasidengan caramenguatkan-dan-hantar(AF).Prototaip tersebut dibangunkan dengan menggunakan platformpembangunan sistemLabVIEWdan dilaksanakan dengan Periferal Radio Perisian Universal(USRP). Prestasi prototaipgeganti kooperasi AF diukur dari segi kadar ralat bit (BER) danhasilnya dibandingkan dengan laluanlangsung tanpa geganti. Hasil ukuranmenunjukkan bahawa geganti koperasimeningkatkan kebolehpercayaan isyarat secara ketara, memanjangkan jarak liputan dan mengurangkan penggunaan tenaga.
키워드
- 제목
- Cooperative Relay Prototype Development and Performance Measurement
- 저자
- IGBAFE ORIKUMHI; Sabirin, Muhammad Rushidi; Leow, Chee Yen
- 발행일
- 2015-08
- 유형
- 정기학술지(Article(Perspective Article포함))
- 페이지
- 1 ~ 8
- 언어
- ENG
- 출판사
- Penerbit Universiti Teknologi Malaysia
- 발행국가
- 말레이시아
- 분량
- 8 페이지
- ISSN
- E 2180-3722
P 0127-9696